Sunday, April 28, 2013

Kerana.

Minggu depan Pilihan Raya Umum ke 13. Undilah betul-betul. Jangan buat undi rosak.

Saya selaku pengasas dan ahli Kelab Angkatan Rakyat Independen Pengundi Atas Pagar (KARIPAP) ingin menyeru agar anda memilih secara berhemah, gunakan akal bukan emosi, dan jangan terbawa-bawa dengan political fanatism sampai merugikan diri sendiri.

Berikut adalah panduan memutuskan undi ragu sebagai rujukan anda bagi mengelakkan undi anda ditolak oleh SPR.

Ini arahan kepada Pegawai Pengurus/Penolong Pegawai Pengurus/Ketua Tempat Mengundi:


Berikut merupakan contoh undi yang diterima:










Berikut contoh undi rosak:







Sekian, terima kasih.

Ini kalilah...bukan lain kali.



Friday, April 12, 2013

Jangan.

Baru saja selesai membaca email farewell Rafizi Ramli kenapa dia resign dari Kompeni walaupon dah empat tahun email tu ditulis. Sangat boleh relate dengan apa yang dia tulis dari awal sampai akhir.

Aku dah kerja dengan Kompeni nak masuk lapan tahun dah. Bermula dengan HR dan Admin dekat suasana korporat dalam business Exploration dan Production sehingga ke bahagian Maintenance dekat suasana kilang dalam business Gas dan Power. 

Permulaan kerja memang sangat mencabar. Satu, sebab aku tak buat bidang yang aku pelajari. Aku amik Engineering, tapi buat HR. Dua, diletakkan dalam jawatan yang sepatutnya dipegang oleh orang senior. Tapi sebab position tu tak graded waktu aku masuk, lepas job evaluation position description yang aku draf berdasarkan apa kerja yang aku buat, baru tau position tu E2. Aku seeding E1 je kot time tu.

Tapi, macam yang Rafizi tulis dalam email dia, walaupon susah dan stressful, tapi suasana kerja sangat condusive dan memberi kepuasan dengan bos-bos yang supportive, bagi guidance dan coaching serta colleagues, officemate yang best-best belaka. 

Memang budaya kerja Kompeni awal-awal aku kerja dulu aku  macam tu. Seronok bekerja. Walaupon ada juga bos yang teruk macam bos Rafizi sebelum dia resign tu, tapi bukan majoriti dan kewujudan mereka agak terpencil. Kira malang jugalah nasib Rafizi dapat immediate bos gitu.

Memang terdapat perubahan culture dalam Kompeni sejak tahun 2009. Memandangkan aku masih bekerja dalam Kompeni, tak dapatlah aku nak cerita panjang-panjang dekat sini. Masih ada dua tahun bond yang perlu dihabiskan dan aku kalau boleh tanaklah kena buang kerja sebelum habis tempoh bond tersebut.

Tunggulah, dua tahun lagi insyaAllah...

Eh, aku sebenarnya nak tulis pasal kejayaan memahami VBA-SAP scripting... lain kalilah.