Sunday, October 21, 2012

Faham

Semalam sebelum tidur aku bayangkan aku bangun pagi ni, segar, tak skit, solat, bersiap, siapkn Soleh dan Syifaak, hantar mereka ke taska dan tadika, lalu ke ofis, awal, untuk bekerja dengan penuh dedikasi...

Nampaknya dalam mimpi pun apa yang aku bayangkan tak menjadi.

Bangun dan kesakitan itu datang lagi. Tercapik-capik pergi solat. Mak yang siapkan budak-budak dan hantar ke taska. (Terima kasih Mak...)

Aku kembali terbaring. Cuba mengurangkan kesakitan dengan senaman regangan yang diajar waktu terapi fisio. Makin buat makin sakit. Dalam kepala tak berhenti berfikir kenapa dan kenapa.

...Dan di luar hujan turun menambahkan kedinginan pagi bumi Kerteh. Dan menambahkan denyut-denyut di pinggang dan kaki.

Dalam bilik ini juga tiba-tiba ada air yang menitis.

Wednesday, November 16, 2011

Engkau

Saya ingin berkongsi sedikit pengajaran (lesson learnt) daripada kejadian yang menimpa saya sekeluarga semalam supaya kita semua dapat mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian yang sama daripada berlaku.

Apa yang berlaku:


  • Rumah saya di Bandar Baru Kerteh telah dipecah masuk semalam (15/11/2011) di antara pukul 2.00 – 6.00 pagi ketika kami sekeluarga berada di dalam rumah!

Barang yang dicuri:


  • Beg tangan isteri berisi dompet, satu set kunci rumah dan sebuah netbook. Dalam dompet tersebut ada wang tunai (beberapa ratus ringgit), kad kredit, kad ATM, KP sementara dan lesen memandu isteri.

Kerugian lain:


  • Gril belakang yang dipotong.

  • Kunci mangga yang perlu diganti.

  • Alat berkebun yang digunakan untuk mengumpil pintu rumah.
Bagaimana kejadian terjadi:


  • Penceroboh mengumpil kunci pintu dapur, memotong bahagian gril yang lemah (corak daun) dan masuk melalui bukaan sempit yang dihasilkan.

  • Menurut pihak polis, pencuri mungkin menggunakan seorang kanak-kanak untuk masuk melalui bukaan tersebut.

  • Penceroboh melarikan diri dengan membuka pintu menggunakan kunci rumah.




Tindakan yang telah diambil:


  • Melaporkan pada pihak polis.

  • Menelefon semua bank untuk block semua kad.

  • Menukar semua mangga kunci rumah memandangkan satu set kunci rumah turut hilang dalam kejadian.

Modus operandi Penceroboh:

“Lawatan Pertama”


  • Beberapa hari sebelum Hari Raya Haji dua orang lelaki datang ke rumah menawarkan khidmat potong rumput.

  • Salah seorang memperkenalkan diri sebagai ‘Din’ (suspek) dan memberi nombor telefon 09-8261433 bila diminta (panggilan tidak berjawab sejak pagi tadi)

  • Suspek agak ‘ramah’ dan bertanya pelbagai soalan berkenaan rumah dan diri saya termasuk kampung asal, berapa lama tinggal, berapa orang ahli keluarga, keadaan rumah dsb.

  • Suspek turut menawarkan perkhidmatan lain seperti pendawaian, menambak laman dan menanam rumput dan bertanya bila saya ada di rumah untuk membolehkan dia datang buat kerja.

  • Saya membenarkan suspek memotong rumput dengan upah RM20.

“Lawatan Kedua”


  • Beberapa hari selepas Hari Raya Haji, suspek tiba-tiba datang lagi sekitar Maghrib menawarkan pasir, kononnya ada lebihan dari kerja tempat lain. Saya menolak.

  • Suspek cuba mendesak dengan menawarkan untuk membersihkan halaman, membuang batu-batu dan menambak pasir dan bertanya sama ada saya ada di rumah atau tidak pada hari esoknya.

  • Setelah ditolak, suspek menawarkan pula ikan segar, kononnya dia baru pulang dari laut.

  • Saya bersetuju untuk beli sikit (2kg dgn harga RM10/sekilo) dengan niat untuk membantu dan supaya dia cepat beredar dari rumah saya.

  • Saya membayar dengan not RM50 memandangkan tiada duit kecil. Suspek menyatakan dia tiada duit kecil dan mahu ke stesen minyak berdekatan untuk menukar baki.

  • Suspek tidak kembali selepas itu.

Pengajaran/Langkah-langkah pencegahan:


  • Jangan terima/benarkan orang yang datang untuk potong rumput/bertukang/kerja-kerja lain dengan tiba-tiba walaupun upah yang diminta murah.

  • Sekiranya dia masih merayu/mendesak minta nama, nombor telefon, alamat dan tengok nombor plat kenderaan yang dinaiki oleh orang-orang berkenaan. Jika boleh, ambil gambar.

  • Jangan melayan perbualan ‘ramah’ orang yang tidak dikenali supaya tidak mendedahkan perkara-perkara yang membolehkan dia mengagak bila rumah tidak berpenghuni, jadual harian kita dsb.

  • Jangan tinggalkan kunci rumah dan barang berharga terutama wang tunai di ruang tamu, dalam kereta atau di tingkat bawah (sekiranya bilik tidur di tingkat atas).

  • Kalau terdengar bunyi yang pelik, jangan abaikan sebagai bunyi kucing, angin atau sebagainya. Periksa sambil membawa sesuatu yg boleh dijadikan senjata, just in case.

  • Sentiasa kunci pintu pagar rumah setelah masuk ke dalam rumah dan apabila keluar. Ketika “Lawatan Kedua”, suspek masuk terus sehingga pintu hadapan rumah ketika Maghrib.

  • Jangan tinggalkan alatan berkebun seperti cangkul, garfu tanah, rake dsb di luar rumah.

  • Sentiasa awasi dan selia kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor/tukang walaupun di kawasan luar rumah.

  • Sentiasa berwaspada dengan orang yang tidak dikenali. Jangan mudah percayakan orang.

  • Simpan nombor balai polis berdekatan (Polis Kerteh: 09-8261222).

Langkah-langkah pencegahan lain (bergantung pada bajet/situasi)


  • Pasang sistem penggera atau CCTV.

  • Tukar gril kepada jenis palang biasa yang sukar dipotong atau dibengkokkan.

  • Pasang kunci jenis selak pada pintu kayu.

  • Menubuhkan rukun tetangga untuk kawasan perumahan.

Mujur…:


  • Barang-barang berharga lain kebanyakannya berada di tingkat atas rumah.

  • Penceroboh tidak naik ke tingkat atas rumah dan tidak mengapa-apakan anak-anak dan isteri.

Lain-lain:


  • Ini merupakan kejadian ketiga pecah rumah di kawasan rumah saya yang mensasarkan rumah lot tepi. Cara pecah masuk hampir sama (melalui pintu belakang, dan gril dipotong)

  • Penceroboh semakin berani kerana memecah masuk ketika ada orang di rumah. Kes-kes sebelum ini selalunya berlaku ketika tiada orang di rumah dan pada musim cuti.

  • Penceroboh selalunya mencuri wang tunai, atau barang-barang berharga yang senang dibawa dan dijual seperti barang kemas, laptop dan telefon bimbit.

  • Penceroboh berkemungkinan penagih dadah yang terdesak. Golongan sebegini adalah sangat berbahaya. Jangan ambil tindakan melulu sekiranya berhadapan dengan mereka.

Sekian, terima kasih.

p/s: Nota ini telah di email kepada rakan sekerja untuk tindakan bersama. This incident has left me traumatized and I hope it will not happen to anyone else, anywhere.

Tuesday, October 25, 2011

Dongeng

Adalah satu malapetaka bila 'opiniated people' diberi kaedah-kaedah menyuarakan pendapat masing-masing secara percuma tanpa risau soal tanggungjawab, kesan, kesahihan, integriti dan sebagainya melalui media-media tradisional dan baru.

Internet, adalah malapetaka besar ummat manusia. Dengan terciptanya blog, Facebook, Twitter dan konco-konconya, maka lengkaplah malapetaka ini.

Fitnah. Kepalsuan. Ketakutan. Menggadaikan maruah. Sehingga membawa kematian. Sehingga tertumbang sebuah kerajaan. Sehingga hancur sebuah negara.

Semuanya kerana Internet dan 'opiniated people.'

Dunia ini ramai 'opiniated people'. Aku salah seorang daripada yang ramai itu.

Sunday, September 25, 2011

Cerita

Dah dekat 2 bulan pasang oven, maka semalam aku merasmikan oven berkenaan dengan membuat pizza. Last time aku buat pizza, 14 tahun yang lalu. So agak nervous, tapi alhamdulillah, jadi gak pizza aku tu last-last.

Berikut adalah resipi membuat Pizza ala-Sayutaliano (sila baca dengan nada gema).

Bahan-bahan doh:

  • Tepung gandum setengah kilo (boleh buat 2 keping pizza besar ni)
  • Yis segera 1 paket (11 gram)
  • Air dalam satu hingga dua cawan
  • Marjerin sket
  • Susu penuh krim sket
  • Gula dan garam secukup rasa


Campurkan bahan-bahan dalam mangkuk adunan, pastu uli menggunakan tangan solar ala Azuma Kazuma Yakitate Japan sehingga menjadi doh yang mantop seperti di bawah.



Biarkan selama beberapa puluh minit untuk kembang sehingga 2 kali ganda saiz asal. Gunakan masa tersebut untuk menyediakan sos dan topping pizza.


Bahan-bahan Sos:
  • Tomato puree
  • Daging kisar
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Minyak zaitun sket untuk menumis
  • Black pepper dan garam secukup rasa

Bahan-bahan Topping:

  • Bawang merah dipotong dadu
  • Capsicum dipotong dadu
  • Button mushroom dihiris nipis
  • Tomato dihiris nipis jugak
  • Sosej ayam dihiris tak berapa nipis sebab dah malas dan lapar
  • Nenas dalam tin sebab malas nak beli buah nenas (Air gula tu, buat minuman perisa nenas)
  • Oregano atau Italian herbs
  • Keju mozarella diparut






Sementara menanti doh tu kembang, panaskan kuali. Tuang sket minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.

Campak daging kisar dan kacau kasik dia jangan berketul-ketul, sambil tuang tomato puree ke dalam kuali. Masak pakai api kecik. Tabur pepper dan garam secukup rasa. Kalu nak letak oregano pon boleh. Belasah je.



Lepas sos dah siap, tengok doh yang dah kembang semangkuk. Huhu...



Memandangkan aku takde pizza pan dan rolling pin, aku pakai tudung periuk je. Sapu minyak zaitun sket kat tudung periuk tu agar doh tak melekat. Pastu ratakan doh macam mamak ratakan roti canai sebelum dia tebar roti canai tu. Maka jadilah base pizza seperti di bawah.



Masukkan base ni ke dalam oven yang dah preheat ke 230°C selama 10 minit. Sementara menanti 10 minit berlalu, parut keju mozarella kalau keju mozarella itu seketul cam yang aku beli ni.



Lepas 10 minit, keluarkan base pizza dari oven. Cucuk-cucuk permukaan base pizza tu pakai garfu. Aku taktau apa motif dia tapi dulu aku tengok Ummi aku buat gitu. Huhu.

Tuang dan ratakan sos ke atas permukaan yang dah dicucuk-cucuk tadi. Pastu tabur bahan-bahan topping dan tabur keju mozarella atas topping tu. Renjis-renjis dengan Italian herbs atau oregano untuk membangkitkan rasa ke-Itali-an pizza berkenaan.

Kot-kot rasa cam nak masin-masin pedas, tabur garam dengan black pepper sket.



Masukkan balik dalam oven dan masak selama 20 minit lagi dalam suhu 230°C. Kalau nak extra crispy dan well-done, masak 25 minit.



Setelah 20 minit, maka siaplah pizza untuk dimakan sementara keju mozarella tu cair-cair leh jadi panjang cam dalam iklan Pizza Hut.

Presentation-wise agak failed sebab topping tebal sangat tapi rasa tu ok la.



Yang baki doh tu aku buat 2 pizza saiz kecik untuk kasik dekat Encik Dasuki dan Puan Mumtaz yang telah mengadakan rumah terbuka pada hari aku masak pizza ni.

Sekian, terima kasih.

Friday, September 9, 2011

Benci

Saya sebenarnya suka benar kalau ada penyakit ni. Apa taknya, nanti ada orang kesian. Lepas tu boleh MC tak payah pergi kerja. Kan best, duduk rumah rehat-rehat. Tak payah buat kerja berat-berat.

Heh.

Ini adalah coretan malas penuh sinis.

Terima kasih.

Sunday, September 4, 2011

Aku

Aku bukak blog baru. Sebab aku bukan lagi seorang 'HR Engineer'.

Entah nak update ke tak blog ni aku pon tatau. Huhuhu