Sunday, September 25, 2011

Cerita

Dah dekat 2 bulan pasang oven, maka semalam aku merasmikan oven berkenaan dengan membuat pizza. Last time aku buat pizza, 14 tahun yang lalu. So agak nervous, tapi alhamdulillah, jadi gak pizza aku tu last-last.

Berikut adalah resipi membuat Pizza ala-Sayutaliano (sila baca dengan nada gema).

Bahan-bahan doh:

  • Tepung gandum setengah kilo (boleh buat 2 keping pizza besar ni)
  • Yis segera 1 paket (11 gram)
  • Air dalam satu hingga dua cawan
  • Marjerin sket
  • Susu penuh krim sket
  • Gula dan garam secukup rasa


Campurkan bahan-bahan dalam mangkuk adunan, pastu uli menggunakan tangan solar ala Azuma Kazuma Yakitate Japan sehingga menjadi doh yang mantop seperti di bawah.



Biarkan selama beberapa puluh minit untuk kembang sehingga 2 kali ganda saiz asal. Gunakan masa tersebut untuk menyediakan sos dan topping pizza.


Bahan-bahan Sos:
  • Tomato puree
  • Daging kisar
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Minyak zaitun sket untuk menumis
  • Black pepper dan garam secukup rasa

Bahan-bahan Topping:

  • Bawang merah dipotong dadu
  • Capsicum dipotong dadu
  • Button mushroom dihiris nipis
  • Tomato dihiris nipis jugak
  • Sosej ayam dihiris tak berapa nipis sebab dah malas dan lapar
  • Nenas dalam tin sebab malas nak beli buah nenas (Air gula tu, buat minuman perisa nenas)
  • Oregano atau Italian herbs
  • Keju mozarella diparut






Sementara menanti doh tu kembang, panaskan kuali. Tuang sket minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.

Campak daging kisar dan kacau kasik dia jangan berketul-ketul, sambil tuang tomato puree ke dalam kuali. Masak pakai api kecik. Tabur pepper dan garam secukup rasa. Kalu nak letak oregano pon boleh. Belasah je.



Lepas sos dah siap, tengok doh yang dah kembang semangkuk. Huhu...



Memandangkan aku takde pizza pan dan rolling pin, aku pakai tudung periuk je. Sapu minyak zaitun sket kat tudung periuk tu agar doh tak melekat. Pastu ratakan doh macam mamak ratakan roti canai sebelum dia tebar roti canai tu. Maka jadilah base pizza seperti di bawah.



Masukkan base ni ke dalam oven yang dah preheat ke 230°C selama 10 minit. Sementara menanti 10 minit berlalu, parut keju mozarella kalau keju mozarella itu seketul cam yang aku beli ni.



Lepas 10 minit, keluarkan base pizza dari oven. Cucuk-cucuk permukaan base pizza tu pakai garfu. Aku taktau apa motif dia tapi dulu aku tengok Ummi aku buat gitu. Huhu.

Tuang dan ratakan sos ke atas permukaan yang dah dicucuk-cucuk tadi. Pastu tabur bahan-bahan topping dan tabur keju mozarella atas topping tu. Renjis-renjis dengan Italian herbs atau oregano untuk membangkitkan rasa ke-Itali-an pizza berkenaan.

Kot-kot rasa cam nak masin-masin pedas, tabur garam dengan black pepper sket.



Masukkan balik dalam oven dan masak selama 20 minit lagi dalam suhu 230°C. Kalau nak extra crispy dan well-done, masak 25 minit.



Setelah 20 minit, maka siaplah pizza untuk dimakan sementara keju mozarella tu cair-cair leh jadi panjang cam dalam iklan Pizza Hut.

Presentation-wise agak failed sebab topping tebal sangat tapi rasa tu ok la.



Yang baki doh tu aku buat 2 pizza saiz kecik untuk kasik dekat Encik Dasuki dan Puan Mumtaz yang telah mengadakan rumah terbuka pada hari aku masak pizza ni.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. pergh...aku tatau ko pandai masak pizza. sedap2. aku nak try tapi takde oven..adakah boleh diatas dapur sahaja?

    ReplyDelete
  2. boleh. member aku dulu pakai periuk steamer je. tak crispy la tapi.

    ReplyDelete