Wednesday, May 8, 2013

Maka.

Pasca Pilihan Raya Umum ke 13.

Aku marah.

Aku juga kecewa calon-calon yang aku pangkah tidak berjaya memenangi kerusi DUN atau Parlimen, dan parti mereka tidak berjaya membentuk kerajaan Negeri atau kerajaan Persekutuan.

Tapi aku tidak marah atau salahkan UMNO atau BN walaupun mereka tidak 'gentlemen' dan adil dari segi penggunaan 'mainstream media', menyalahgunakan platform dan kemudahan Kerajaan Malaysia untuk berkempen untuk parti mereka dan lain-lain. Dah kebanyakan mereka memang korup dan perlu ditukar, what do you expect?

Aku juga tidak marah atau menyalahkan SPR dari segi ketelusan proses mengundi. Berdasarkan peruntukan Perlembagaan, Undang-undang, Peraturan-peraturan serta Garis Panduan yang sedia ada berkenaan pilihan raya, aku rasa langkah-langkah mencegah penipuan atau saluran bantahan sudah mencukupi. Yang aku tak puas hati kepada SPR ialah isu dakwat kekal yang mudah luntur. SPR di sini bukan petugas-petugas sukarela atau kerani pilihanraya tapi Pihak Atasan/Pengurusan SPR.

Dalam perihal dakwat kekal yang mudah luntur, memang wajar SPR dipertanggungjawabkan. SPR perlu mendedahkan pihak mana yang telah membekalkan dakwat berkenaan. Jika pihak pembekal itu tidak dapat menjelaskan bagaimana dakwat itu luntur dengan mudah, maka haruslah pembekal itu didakwa kerana menipu. Jika SPR tidak mendedahkan siapa pembekal, maka SPR lah yang harus dipersoal dalam hal ini. Jika memang berlaku kecuaian dari pihak SPR, maka seseorang perlu menerima padah yang setimpal.

Dakwat kekal ini isu kewibawaan (integrity) SPR dalam mentadbir urus perkara-perkara berkaitan jual beli peralatan untuk kegunaan pilihan raya negara. Kalau perihal senarai pengundi berdaftar (electoral roll), SPR tidak patut dipersalahkan sepenuhnya, tapi isu dakwat ni memang salah SPR semata-mata. Goncang atau tak goncang.

Anyway, berbalik kepada isu kemarahan aku.

Aku marah kepada sikap kawan-kawan yang suka panggil orang lain 'macai' walhal tak sedar diri tu sendiri dah jadi 'barua' (sebut macam Cikgu Mehat Man sebut) jugak. Pandai cakap soal hudud, hukum agama tapi langsung tak rasa berdosa bila sebar berita yang tak betul, separuh betul, atau sekadar tuduhan-tuduhan tanpa bukti atau ada 'bukti' juga... 'bukti' yang meragukan.

Aku marah, bila saling tuduh menuduh tapi bila pihak lawan keluar 'bukti', laju je hangpa keluar statement ini 'superimpose', edit, berlakon, green screen, palsu dan sebagainya. Siap masing-masing jadi pakar itu ini. Kalau pihak sendiri confirm betullah... Kalau pihak orang lain confirm fitnah lah...

Hipokrit. Dua-dua belah sama.

Kebenaran tak boleh campur dengan kebatilan. Bila tang pihak lawan, tau jugak hangpa pakai ayat ni. Tapi kalau kat batang hidung sendiri, langsung tak nampak.

Kalau tak pasti tentang sesuatu, cari kepastian dulu. Tanya orang yang lebih ahli, yang tahu atau berada di tempat kejadian dan menyaksikan sendiri apa-apa yang patut disaksikan. Bukan adik ipar sebelah mak sedara tokwan dia yang nampak. Biar dia sendiri yang nampak.

Hangpa bila sembang hukum agama kencang, tapi bila sendiri buat dosa yang lebih teruk dari membunuh, rileks je. Oh, ini untuk perjuangan.

Bila ditegur, hang kata "dah depa buat lagi teruk, awat kami buat tak boleh?"

Dah tau depa teruk, hang nak jadi teruk macam depa jugak ka? Tu yang aku kata hang tu pon macai barua jugak. Marah betul aku la.

Paling aku kecewa bila golongan-golongan berpendidikan tinggi pun buat jugak perangai macam ni sebab dah fanatik dengan parti atau pemimpin masing-masing. Yang membawa imej Islam pon buat jugak perangai ni.

Aku rasa hangpa zalim kepada anugerah akal yang Allah bagi. Hangpa konon nak lawan kezaliman tapi hangpa sendiri zalim. Sampai bila-bila la hangpa rasa kezaliman tu selagi hangpa sendiri tak berubah.

Sepatutnya kita sebarkan mesej-mesej positif dan mengajak ke arah kebaikan, mengajak kita mencari ilmu atau mengajak kepada berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah bersama. Bukannya sebarkan kebencian dan keraguan tak berasas.

Marah takpa, marah perkara yang betul, dengan cara yang betul.

Tak setuju takpa, beri cadangan lain dan sekiranya cadangan tak diterima, berlapang dada sebab yang buat keputusan itu mungkin tahu apa yang kita tak tahu dan dia yang akan dipersoalkan nanti.

Jangan emosi mendahului akal. Mempercayai tanpa mengkaji. Bercakap tanpa ilmu.

Kalau ada saluran yang sepatutnya untuk mengadu, gunakan. Tak payah nak berdalih-dalih kalau belum pakai saluran yang ada. Bak kata seorang calon dalam kempen beliau: "Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih" tapi sayangnya bos dia sendiri tak buat gitu.

Toksah dok perkauman sangatlah. Kata satuuu..... apa??? Satuuuu.....

Dua tiga, do re mi...

Sekian.
p/s: Sori. Ngantuk tapi tak boleh tido selagi tak tulis mende ni.






2 comments:

  1. salam admin

    Nama seperti pernah lihat. Patutlah, ex jenan rupanya. haha. Bagus kupasan ni, dah lama saya cari blog yang saling menegur satu sama lain, dan tidak memburukkan antara dua pihak. Susah nak cari. Saya ni suka baca pasal perkembangan politik negara. saja buat hilang bosan. rasanya dah boleh panggil super senior ni sebab saya baru dua tahun keluar jenan. haha. keep writing :)

    ex jenan
    0711

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. Sori lambat reply. Jarang tengok blog. Terima kasih atas komen. Jenan memang best.

      Delete